Panduan Permohonan Perkhidmatan Sistem Hawa Dingin Di Kampus Kejuruteraan USM

  S1 : Bagaimanakah untuk memohon perkhidmatan hawa dingin di ruang pusat contohnya, bilik atau dewan kuliah, jika untuk program universiti?
  J1 :
  • Dapatkan borang tempahan ruang hawa dingin yang boleh diperolehi daripada semua PTJ Kampus Kejuruteraan USM.
  • Pengguna diminta membuat tempahan selewat-lewatnya 14 hari sebelum tarikh aktiviti seperti yang tertera di borang tempahan yang di keluarkan oleh Jabatan Pendaftar
  • Hantar borang permohonan kepada Jabatan Pendaftar untuk mendapat kelulusan.
  • Setelah mendapat kelulusan dari Jabatan Pendaftar, permohonan ini akan dimajukan kepada Jabatan Pembangunan untuk tindakan.
       
  S2 : Apakah tindakan Jabatan Pembangunan?
  J2 : Staf Jabatan Pembangunan akan merekodkan tempahan ini ke dalam sistem CMMS-BEAM, dan tempahan ini akan dijadualkan melalui Sistem Automasi Bangunan - Building Automation System (B.A.S) atau secara manual jika berkenaan. Hawa dingin akan beroperasi sepertimana yang dipohon oleh pelanggan.
       
  S3 : Apakah yang akan terjadi jika B.A.S mengalami kerosakan?
  J3 : Jika sekiranya B.A.S. mengalami kerosakan Jabatan Pembangunan akan menggunakan sistem manual untuk mengendalikan hawa dingin yang telah ditempah.
       
  S4 : Saya musykil kerana pernah berlaku semasa kuliah bermula suhu di bilik tersebut masih panas, tidak nyaman dan tidak selesa. Kenapa perkara ini terjadi?
  J4 :

Ada tiga faktor yang mungkin menyebabkan perkara ini berlaku :

  • Tempahan hawa dingin tidak dijadualkan.
  • Sistem hawa dingin lambat dihidupkan. Kelambatan memulakan sistem akan menyebabkan kelambatan penyejukan dan penyamanan udara dalam dewan kerana muatan yang besar serta suhu hadirin yang ada.
  • Sistem hawa dingin tidak berfungsi di luar jangkaan.  

Anda dinasihatkan menghubungi Pusat Pemanggilan di talian 5678.

       
  S5 : Bolehkah saya terus menelefon Pusat Pemanggilan untuk menempahan hawa dingin di Bilik Kuliah?
  J5 : Pengguna harus membuat tempahan Bilik Kuliah serta fasilitinya kepada Jabatan Pendaftar kerana ruang serta fasiliti berkenaan di bawah pentadbiran Jabatan berkenaan.
       
  S6 : Jika tiada tempahan dibuat tetapi Hawa Dingin masih perlu digunakan pada bilik kuliah contohnya, pada waktu malam untuk tujuan mustahak, apakah yang perlu dilakukan?
  J6 : Anda perlu menghubungi dan berbincang segera dengan Jabatan Pendaftar serta Jabatan Pembangunan supaya mencari penyelesaian terbaik.
       
  S7 : Adakah perlu pengguna memberitahu sekiranya tempahan ruang serta fasiliti hawa dingin ingin di batalkan?
  J7 : Pemberitahuan perlu dibuat kepada Jabatan Pendaftar atau Jabatan Pembangunan supaya tiada berlaku pembaziran tenaga elektrik serta membolehkan ruang dimanfaatkan. Keprihatinan serta amalan kecekapan tenaga dan kecekapan penggunaan ruang amat penting demi kesejahteraan kampus.
       
  S8 : Adakah semua ruang yang mempunyai penyaman udara di kampus ini di kawal secara automasi ?
  J8 :

Semua Bilik Kuliah di Kompleks Dewan Kuliah, Perpustakaan dan Dewan Utama dikawal oleh B.A.S. Kebanyakan ruang-ruang di bangunan lain pun mempunyai sistem automasi bangunan.

Sila hubungi Pentadbir Sistem Hawa Dingin jika ingin maklumat lebih lanjut.

       

Pentadbir Sistem Hawa Dingin Hj Mokhtar Al Athorid Husain boleh dihubungi di dvmas@eng.usm.my