Panduan Melapor Aduan Kerosakan/Permohonan Perkhidmatan di CMMS-BEAM

  S1 : Apa CMMS-BEAM?
  J1 : Sistem pengurusan laporan kerosakan dan permohonan perkhidmatan secara berkomputer dan antara kategori penyenggaraan yang terlibat iaitu Sistem Automasi Bangunan(B A S), Elektrik, Awam dan Mekanikal.
       
  S2 : Bagaimana untuk melapor aduan secara online?
  J2 :

Layari laman web Jabatan Pembangunan di alamat http://dev.eng.usm.my

  1. Klik pada logo CMMS-BEAM
  2. Kemudian klik “Daftar” dan seterusnya isikan ruang-ruang yang disediakan.
  3. Setelah daftar anda diterima, anda boleh login ke dalam sistem CMMS-BEAM menggunakan kata laluan yang telah didaftarkan.
  4. Kemudian anda boleh melapor aduan.
       
  S3 : Apakah kebaikan sistem CMMS-BEAM ini?
  J3 :

Antara kebaikannya iaitu:-

  1. Sesiapa sahaja boleh membuat aduan kerosakan ke Jabatan Pembangunan.
  2. Aduan anda akan direkodkan dan diambil tindakan dengan cepat.
  3. Anda boleh mengetahui status laporan aduan anda.
  4. Aduan boleh dibuat dari sebarang lokasi asalkan ada akses internet.
       
  S4 : Bagaimana saya boleh mengetahui status laporan aduan saya?
  J4 : Sekiranya anda telah melapor aduan secara online, anda boleh login ke CMMS-BEAM dan klik pada “Semak Status”. Ruangan tersebut akan paparkan data aduan anda beserta statusnya.
       
  S5 : Jika terlupa kata laluan, bagaimana saya boleh mengetahuinya semula?
  J5 : Layari portal campusonline.usm.my dan klik "Forgot your Password".
       
  S6 : Apakah tujuan CMMS-BEAM ini diwujudkan?
  J6 : Sistem ini memudahkan pelanggan dan juga pentadbiran penyenggaraan.
       
  S7 : Selain daripada aduan secara online, adakah cara lain untuk melapor aduan?
  J7 :

Aduan secara online adalah perantara yang terbaik dan amat digalakkan bagi melapor aduan. Cara lain adalah

  • dengan menelefon Pusat Pemanggilan di talian 5678
  • melalui surat
  • email Bahagian Korporat Jabatan Pembangunan (pembangunan@eng.usm.my)
  • atau dengan pergi terus ke Pejabat Am, Jabatan Pembangunan.
       
  S8 : Apakah jenis aduan yang boleh dilaporkan ke Jabatan Pembangunan?
  J8 :

Aduan yang berkaitan dengan kerja-kerja Pembaikan dan Penyenggaraan:

  1. Awam (Bangunan)
  2. Elektrik
  3. Mekanikal (Pemasangan, Penyaman Udara, Lif, Alat Pencegah Kebakaran)
  4. Pengindahan dan Kebersihan
  5. Perkhidmatan Hawa Dingin

dan sebagainya.

       
  S9 : Berapa lama Jabatan Pembangunan mengambil masa untuk respon kepada sesuatu aduan?
  J9 : Semua laporan aduan akan diuruskan secepat mungkin pada hari yang sama. Jika ada masalah atau halangan, staf Jabatan akan menghubungi anda.
       
  S10 : Adakah cara untuk memantau semua aduan ?
  J10 : Laporan maklumbalas kerja-kerja siap dilakukan oleh Jabatan Pembangunan akan dihantar pada setiap bulan kepada semua PTJ yang berkenaan. Anda boleh menyemak samada sempurna dan memberi kami maklumbalas.
       
  S11 : Apakah tujuan Pengesahan Penguna/Pelapor Aduan pada doket(borang arahan tugas) ?
  J11 : Ruangan ini memaklumkan kepada pengadu atau wakil bahawa kerja telah dijalankan. Ia bukan suatu pengesahan teknikal kerana staf Jabatan Pembangunan bertanggungjawab sepenuhnya ke atas integriti dan kualiti kerja dan pembaikan.
       
  S12 : Bagaimana Jabatan Pembangunan memantau semua aduan yang dilaporkan?
  J12 :
  • Setiap Pentadbir /Administrator bahagian masing-masing memantau pada setiap hari.
  • Pentadbir CMMS-BEAM memantau secara menyeluruh.
  • Mesyuarat CMMS-BEAM diadakan pada setiap pagi hari Rabu, bagi memantau, meneliti dan membincang aduan berbangkit serta melaksana proses eskalasi bagi mencari jalan penyelesaian yang tuntas.
       

Pentadbir CMMS-BEAM Sohaimi Asmuni boleh dihubungi di dvmie@eng.usm.my Pentadbir Pusat Pemanggilan Shafaridah Samsudin boleh dihubungi di dvsha@eng.usm.my
Penolong Jurutera Awam Zakaria Mohd Abas boleh dihubungi di dvzakri@eng.usm.my
Penolong Jurutera Elektrik Amir Rabani boleh dihubungi di dvamir@eng.usm.my
Juruteknik Kanan Mekanikal Hj Mokhtar Al Athorid Husain boleh dihubungi di dvmas@eng.usm.my