Panduan Sistem Maklumbalas Pelanggan Jabatan Pembangunan

  S1 : Apa yang dimaksudkan Sistem Maklumbalas?
  J1 : Sistem ini adalah bertujuan untuk mendapatkan respon dan maklumbalas pelanggan yang substantif terhadap kualiti beberapa perkhidmatan yang diberikan oleh Jabatan Pembangunan.
       
  S2 : Bagaimana cara ia dikendalikan?
  J2 :

Beberapa perkhidmatan khusus ditentukan melalui saluran berikut:

1. Maklumbalas Perkhidmatan Servis Bulanan

Borang Maklumbalas Pengguna dihantar pada setiap bulan kepada semua PTJ menyenaraikan perkhidmatan servis bulanan iaitu:

  • Kebersihan dan Cucian Bangunan
  • Kebersihan Halaman dan Kawasan
  • Penyelenggaraan Lanskap dan Taman
  • Khidmat Pengangkutan Sampah/ Sisa Pepejal
  • Sistem Penghawa Dingin
  • Sistem Pencegahan Kebakaran
  • Sistem Lif (bagi PTJ berkaitan)

2. Laporan Bulanan Pembaikan Aduan CMMS-BEAM

Borang Maklumbalas Pengguna CMMS-BEAM dihantar kepada semua PTJ mengandungi maklumat senarai semua kerja pembaikan yang siap pada setiap bulan.

3. Perkhidmatan Sistem Pengangkutan

Borang Maklum Balas Pengguna dihantar kepada semua PTJ yang menggunakan perkhidmatan pengangkutan kami pada setiap bulan.

4. Maklumbalas Perkhidmatan Tempahan Perabot CMMS-SIPER

Setelah kerja-kerja penghantaran dan penyusunan dilakukan Borang Maklumbalas CMMS-SIPER akan dihantar kepada pelanggan.

5. Maklumbalas Kerja Kecil dan Ubahsuaian

Borang Maklumbalas Pengguna dihantar kepada PTJ yang mempunyai kerja kecil atau ubahsuaian yang siap pada bulan berkenaan.

       
  S3 : Apa faedahnya maklumbalas terutama jika perkhidmatan atau kerja telah pun selesai?
  J3 : Ada kerja atau perkhidmatan yang sentiasa berulang dan jika dikenalpasti tindakan penambahbaikan atau pembetulan, ini sangat bermanfaat. Selain itu, semua pihak dapat kepastian - “reassurance” bahawa semua dimaklumkan tentang servis, perkhidmatan atau kerja yang sedang atau telah dijalankan untuk universiti.
       
  S4 : Kenapa tidak disatukan atau disepadukan sistem maklumbalas bagi semua fasiliti, bukankah ini lebih mudah?
  J4 : Memang hasrat ini baik dan kita perlu kaji serta teliti keseluruhan proses bagi mempermudahkan dan melaraskan tanpa memberi kesan kepada aktiviti serta ciri-ciri unik serta khusus perkhidmatan tertentu. Buat permulaan kita pastikan sistem sedia ada berjalan dengan lancar dan dipatuhi.
       
  S5 : Kenapa saya perlu memberi maklumbalas dan adakah ini bermakna ia menjadi tanggungjawab saya mengesahkan kerja?
  J5 : Sistem ini memaklumkan kepada pelanggan atau wakil PTJ bahawa kerja telah dijalankan. PTJ bebas memberi sebarang komentar demi penambahbaikan atau pembetulan. Ia bukan suatu pengesahan teknikal kerana staf Jabatan Pembangunan bertanggungjawab sepenuhnya ke atas integriti dan kualiti kerja serta perkhidmatan.
       
  S6 : Adakah cara lain untuk memberi pandangan kepada Jabatan Pembangunan?
  J6 : Pengurusan dan Staf Jabatan Pembangunan boleh sentiasa dihubungi dan kita akan cuba membantu. Saluran komunikasi lain seperti surat, memo, e-mail dan telefon juga diterima. Kami sedia membantu anda.
       

Pegawai Korporat Jabatan Pembangunan En Iskandar Bin Badaruddin boleh dihubungi di dviskand@eng.usm.my