Panduan Sebutharga Jabatan Pembangunan

  S1 : Apa e-iklan sebutharga?
  J1 : Ia adalah notis memaklumkan secara online sebutharga yang ditawarkan oleh Jabatan Pembangunan USM. Notis iklan sebutharga ini boleh dicapai dengan melayari laman web http://dev.eng.usm.my.

Notis sebutharga juga dipamerkan secara manual di papan notis Jabatan Pembangunan dan Jabatan Bendahari.
       
  S2 : Apa jenis sebutharga yang terdapat di Jabatan Pembangunan?
  J2 : Sebutharga melibatkan perolehan bekalan, perkhidmatan dan kerja oleh Jabatan Pembangunan. Iklan yang dipamerkan di laman web di bahagikan kepada Sebutharga Jabatan Pembangunan yang dipanggil melalui Jabatan Pembangunan USM dan satu lagi adalah Sebutharga Jabatan Bendahari melalui Jabatan Bendahari USM.
       
  S3 : Bagaimana saya hendak menyertai sebutharga ini?
  J3 :

Bagi sebutharga Jabatan Pembangunan:-

  • Dokumen Sebutharga Boleh Diperolehi Daripada Jabatan Bendahari Dengan Bayaran Seperti Yang Tertera.
  • Bayaran dibuat di Jabatan Bendahari USM Kampus Kejuruteraan.
  • Sebutharga Hendaklah Dimasukkan Ke Dalam Peti Sebutharga di Jabatan Pembangunan, Kampus Kejuruteraan sebelum Tarikh Tutup Dalam Sampul Surat Berlakri Dan Ditulis Nombor Rujukan Sebutharga.

    Bagi sebutharga Jabatan Bendahari:-

  • Dokumen Sebutharga Boleh Diperolehi Daripada Jabatan Bendahari Dengan Bayaran Seperti Yang Tertera.
  • Bayaran dibuat di Jabatan Bendahari USM Kampus Kejuruteraan.
  • Sebutharga Hendaklah Dimasukkan Ke Dalam Peti Sebutharga di Jabatan Bendahari Sebelum Tarikh Tutup Dalam Sampul Surat Berlakri Dan Ditulis Nombor Rujukan Sebutharga.
       
  S4 : Adakah dokumen penting yang saya perlu bawa untuk memperolehi dokumen sebutharga?
  J4 : Pengesahan pemborong/pembekal iaitu sijil pendaftaran Pusat Khidmat Kontraktor atau/ dan sijil pendaftaran Kementeria Kewangan menurut keperluannya.
       
  S5 : Adakah dokumen penting yang saya perlu masukkan untuk dikemukakan bersama dokumen sebutharga?
  J5 :
  • Pengesahan pemborong/pembekal iaitu sijil pendaftaran Pusat Khidmat Kontraktor atau/ dan sijil pendaftaran Kementerian Kewangan menurut keperluannya.
  • Penyata kewangan untuk sebutharga Jabatan Bendahari sahaja.
  • Pengisian semua borang-borang pada dokumen  sebutharga berkenaan
       
  S6 : Adakah perkara lain yang perlu saya ketahui?
  J6 : Pada sebutharga tertentu, lawatan tapak mungkin diadakan. Sila lihat dengan teliti notis dan dokumen sebutharga.
       

Penolong Jurukur Bahan Puan Hairunnisa Binti Mehat boleh dihubungi di dvnisa@eng.usm.my