Panduan dan Maklumat Perkhidmatan Bas Shuttle

  S1 : Apa perkhidmatan Bas Shuttle?
  J1 : Ia adalah sistem pengangkutan (menggunakan bas mini) yang disediakan oleh Jabatan Pembangunan untuk membawa pelajar dan staf serta pos dari Kampus Kejuruteraan ke Kampus Induk secara berulang alik.
       
  S2 : Apa tujuan perkhidmatan bas shuttle ini?
  J2 :

Tujuan utama adalah:-

  1. Memudahkan pergerakan   pelajar dari kedua-dua Kampus USM bagi  tujuan akademik dan interaksi sosial
  2. Memudahkan dan mempercepatkan penghantaran surat menyurat di antara kampus dengan cekap dan berkesan.
  3. Memberi kemudahan pergerakan bagi staf untuk tugasan di Kampus Induk.
       
  S3 : Bila bas shuttle ini mula beroperasi?
  J3 : 1 Ogos 2003
       
  S4 : Adakah perkhidmatan bas shuttle diadakan setiap hari?
  J4 : Perkhidmatan bas shuttle ke Kampus Induk diadakan pada setiap hari bekerja iaitu pada Isnin hingga Jumaat sahaja. Perkhidmatan bus shuttle ke Parit Buntar disediakan pada hari Sabtu dan Ahad. Tiada perkhidmatan pada hari cuti umum.
       
  S5 : Apa jadual (kekerapan) perkhidmatan ini?
  J5 :

Masa perjalanan harian adalah seperti berikut:

  • 8.30 pagi  dari Kampus Kejuruteraan ke Kampus Induk
  • 11.00 pagi dari Kampus Induk ke Kampus Kejuruteraan
  • 3.30 petang dari Kampus Kejuruteraan ke Kampus Induk
  • 5.00 petang dari Kampus Induk ke Kampus Kejuruteraan
       
  S6 : Di mana tempat menunggu bas shuttle ?
  J6 :

Bagi penumpang Kampus Kejuruteraan :-  

  1. Dihadapan Bangunan Pentadbiran
  2. Dihadapan Bangunan Desasiswa Lembaran & Desasiswa Jaya

Bagi penumpang Kampus Induk :-

  • Di hadapan Pusat Islam / Bangunan Eureka
  • Dihadapan Bangunan Canselori
       
  S7 : Bagaimana untuk menggunakan bas shuttle ini?
  J7 : Penumpang hanya perlu menunggu di tempat pada masa dan waktunya.
       
  S8 : Berapa ramai muatan penumpang bagi satu perjalanan bas shuttle ?
  J8 : Hanya untuk 22 orang penumpang sahaja bagi sebuah bas mini.
       
  S9 : Apa kenderaan yang digunakan selain bas mini?
  J9 : Van akan digunakan bagi menggantikan bas mini jika kenderaan tersebut tidak boleh menjalankan servis. Van hanya untuk 7 orang penumpang sahaja. Perkhidmatan pos dijalankan seperti biasa.
       
  S10 : Adakah penumpang perlu membuat tempahan?
  J10 : Penumpang hanya perlu menunggu ditempat dan waktunya. Walaubagaimanapun muatan adalah terhad. Kesediaan tempat adalah berdasarkan penumpang yang awal didahulukan.
       
  S11 : Bolehkah mengirim barangan atau dokumen yang banyak atau benda berat dengan bas shuttle?
  J11 :
  • Perkhidmatan hanya untuk pos surat menyurat biasa dan penghantar perlu menyerahkannya melalui Jabatan Pendaftar. Karung surat hanya akan diambil dari Jabatan Pendaftar dan dihantar juga ke Jabatan Pendaftar sahaja.
  • Barangan lain, dokumen yang banyak atau dokumen  penting perlu diiringi oleh staf PTJ berkenaan dan diuruskan oleh staf PTJ berkenaan jika dihantar dengan bas shuttle.
  • Benda berat, peralatan atau kimia perlu diurus penghantaran dengan cara pengangkutan lain.
       
  S12 : Bolehkah penumpang menunggu atau berhenti di pertengahan perjalanan sebelum atau di luar destinasi ?
  J12 : Bas shuttle akan hanya berhenti di tempat dan destinasi yang telah ditetapkan sahaja.
       

Pentadbir Sistem Pengangkutan Encik Ahmad Lutfi Bin Shariff boleh dihubungi di lutfi@eng.usm.my