Panduan Tempahan Fasiliti Pengangkutan

Semua pengguna yang menggunakan perkhidmatan kenderaan rasmi Universiti perlu menyediakan kad
pembayaran tol secara elektronik (Touch n Go/ Plus Miles) untuk perjalanan bertol. Pembayaran tol secara
tunai adalah tidak dibenarkan.

 

  S1 : Apakah jenis kenderaan yang boleh dipohon oleh pengguna untuk tempahan pengangkutan?
  J1 :

Beberapa jenis kenderaan disediakan untuk tempahan pelanggan.

1. Tempahan untuk pelajar :-

  1.1  3 buah bas panjang untuk 38  orang penumpang
  1.2  2 buah lori 3 tan
  1.3  2 buah pick-up
  1.4  1 buah van
  1.5  1 buah berpacu empat roda (Pajero)
  1.6  1 buah bas mini  20 orang penumpang

2. Tempahan untuk PTJ :-

 2.1 3 buah perdana V6 untuk pegawai dan tetamu Universiti
 2.2  Kenderaan lain seperti senarai untuk pelajar

       
  S2 : Bagaimana untuk mendapatkan perkhidmatan tempahan pengangkutan?
  J2 :

Pengguna perlu mematuhi beberapa peraturan untuk mendapatkan tempahan kenderaan iaitu:-

  • Hubungi Pentadbir Sistem Pengangkutan di talian 5609 untuk menyemak kebolehsediaan kenderaan (kekosongan tempahan) untuk membuat tempahan
  • Sekiranya ada kenderaan, sila login ke dalam sistem Fleet BETA yang boleh didapati di bahagian Perkhidmatan Online laman web Jabatan Pembangunan Kampus Kejuruteraan.
  • Sila hantarkan borang tempahan(yang dicetak dari sistem Fleet BETA) bersama Borang Transaksi Dalaman (Borang Q).
       
  S3 : Bagaimana untuk mengetahui status permohonan tempahan pengangkutan?
  J3 : Anda boleh menyemak status permohonan melalui emel yang akan dihantar oleh pentadbir sistem melalui sistem Fleet BETA.
       
  S4 : Apakah prosidur yang perlu dipatuhi apabila membuat tempahan pengangkutan?
  J4 : Prosidur yang perlu di patuhi:-
  • Login ke dalam sistem Fleet BETA. Sila klik pada Permohonan baru dan ikuti langkah-langkah tempahan yang disediakan. Sila rujuk Manual Pengguna yang disediakan di laman utama sistem Fleet BETA.
  • Waktu bermula perjalanan hanya seawal jam 5.30 pagi dan selewat jam 08.30 malam. (Perjalanan terlalu awal pagi dan lewat malam tidak digalakkan demi kesejahteraan pemandu dan penumpang)
  • Semua status permohonan akan diemelkan 2 hari sebelum perjalanan sebenar. Pembatalan tempahan mesti dimaklumkan kepada Pentadbir Sistem Fleet BETA.
  • Bagi perjalanan jauh pengguna dinasihatkan menyediakan wang kecemasan sebanyak RM250.00 untuk pembaikan sekiranya berlaku kerosakan yang tidak diduga.
  • Bagi perjalanan yang melebihi 2 hari ke atas pemandu adalah berkelayakan  mendapat pendahuluan diri pemandu.
  • Pemandu juga berkelayakan mendapat elaun –elaun seperti yang dinyatakan dibawah. Pengguna perlu menanggung segala  tuntutan elaun- elaun berikut :-
    • Elaun Makan  RM35.00  bagi  perjalanan  melebihi 24 jam
    • Elaun Penginapan RM30.00 bagi tuntutan  tanpa resit dan  RM80.00 bagi tuntutan beresit
    • Elaun Makan  RM17.50  bagi perjalanan melebihi 8 jam di luar stesyen
       
  S5 : Bolehkah tempahan dibuat pada saat akhir?
  J5 : Tempahan pada saat akhir tidak digalakkan. Tetapi bagi kes kecemasan perlu menghubungi pentadbir sistem Fleet BETA di talian 5609.
       
  S6 : Bolehkah membuat tempahan untuk tujuan peribadi?
  J6 : Tempahan hanya diberi untuk urusan rasmi dan perkhidmatan bersifat kebajikan seperti menziarahi pelajar, staf dan keluarga terdekat yang ditimpa musibah.
       
  S7 : Bolehkah bas USM ditempah oleh organisasi luar?
  J7 : Status permit Bas Universiti hanya untuk membawa pelajar dan staf USM sahaja.
       
  S8 : Bolehkah bayaran tempahan kenderaan dibayar secara tunai?
  J8 : Semua bayaran perlu menggunakan Borang Transaksi Dalaman (Borang Q). Oleh kerana itu semua persatuan pelajar, terutama ahli jawatankuasa yang baru dinasihatkan segera membuka akaun di Jabatan Bendahari.
       
  S9 : Bolehkah memohon khidmat pemandu sahaja untuk tujuan memandu kenderaan sendiri sekiranya kenderaan USM tiada kekosongan?
  J9 : Pemandu di Jabatan Pembangunan hanya ditugaskan untuk memandu kenderaan Universiti sahaja.
       
  S10 : Bolehkah saya memberi maklumbalas terhadap perkhidmatan pengangkutan yang diberikan?
  J10 : Jabatan Pembangunan menghantar Borang Maklum Balas Pengguna kepada semua PTJ yang menggunakan perkhidmatan pengangkutan kami pada setiap bulan. Sebarang ulasan dan komentar boleh dibuat melalui borang tersebut.
       

Pentadbir Sistem Pengangkutan Encik Ahmad Lutfi Bin Shariff boleh dihubungi di lutfi@eng.usm.my