Selamat Datang !

Selamat Datang ke Pengkalan Data Lanskap Jabatan Pembangunan Kampus Kejuruteraan. Laman web pengkalan data lanskap ini adalah salah satu inisiatif daripada Jabatan Pembangunan untuk memberi info mengenai spesis tumbuhan dan lanskap di sekitar Kampus Kejuruteraan USM. Maklumat masih sedang dikumpul dan dibangunkan bagi menyempurnakan projek pengkalan data ini.

Impian & Hasrat Pembangunan Kampus

"Universiti dalam Taman" dalam ertikata kampus sejahtera, hidup berkualiti, indah dan sempurna, berfasiliti bertaraf tinggi, berharmoni dengan alam, bangunan berseri dan pintar, ruang pendidikan terbaik, kondusif bagi penyelidikan, perundingan dan inovasi, imej canggih dan berciri futuristik, persekitaran bersih dan suci, mesra orang kurang upaya, mengamalkan pembangunan lestari, mencapai segala akreditasi dan memenuhi syarat statutori, terbuka kepada masyarakat, sentiasa memimpin dan selalu ke hadapan, bersifat antarabangsa dan merupakan mercu tanda negara.

Universiti Dalam Taman

Konsep "Universiti Di Dalam Taman" yang diadunkan oleh USM ini menunjukkan hubungan akrab di antara peranan dan fungsinya sebagai institusi pengajian tinggi dalam persekitaran taman yang segar. Unsur flora, fauna, air dan ciptaan-ciptaan lain merupakan hubungan yang dinamik dalam penerokaan kehidupan selanjutnya.