PENYELENGGARAAN BERJADUAL LANDSKAP DI DALAM UNIVERSITI
1. Konsep “ Universiti Dalam Taman” ialah mengekalkan prinsip mesra alam yang lestari untuk generasi yang akan datang. Konsep ini juga bertujuan mengimbangi antara hubungan manusia, pembangunan dan alam sekitar.

2. Di Kampus Kejuruteraan terdapat dua skop selenggaraan dibawah seliaan dan pemantauan staf teknikal landskap Jabatan Pembangunan iaitu penyelenggaraan lanskap dan pemotongan rumput serta pembersihan kawasan. Universiti mensumberluarkan kerja-kerja penyelenggaraan ini.

3. Universiti sentiasa mendahulukan kelestarian, pemeliharaan alam sekitar, mementingkan kebersihan serta kehijauan dalam kampus. Itulah antara sebabnya landskap kampus bebas racun perosak atau rumpai yang menyebabkan ketidakseimbangan ekosistem alam sekitar serta menyebabkan pencemaran kepada manusia,tumbuhan dan haiwan di kampus.

4. Kawasan penyelengaraan lanskap ialah di seluruh kampus. Kawasan di bahagikan kepada zon kerja dan tanggungjawab menurut kesesuaian pengurusannya.

5. Jabatan Pembangunan berfungsi mengurus, merancang ,menyelia, menyelenggara dan memantau segala isu atau perancangan melibatkan skop lanskap dan keindahan halaman di dalam kampus.

6. SKOP KERJA PENYELENGGARAAN LANDSKAP:

1) PENYIRAMAN
• Dilakukan sekurang-kurangnya sekali sehari setiap hari
• Dilakukan 2(dua) kali sehari jika musim kemarau
• Penggunaan lori tangki air adalah di mestikan bagi setiap zon iaitu zon A dan B.

2) PEMBAJAAN
• 2(dua)kali sebulan iaitu miggu 1(pertama) dan minggu ke-3 (tiga)setiap bulan.
• Merumput dahulu sebelum kerja-kerja membaja
• Elakan baja yang di tabur terdedah kepada panas matahari
• Elakkan baja terkena daun, bunga dan batang pokok hiasan
• Di kehendaki menggunakan baja-baja jenis organik

3) MERUMPUT
• Kerja-kerja merumput perlu dilakukan dengan kerap di pangkal pokok/tanaman dengan jejari 2’keliling pangkal pokok.
• Menambah top soil di kawasan yang selalu di lakukan kerja-kerja merumput.
• Memasukkan sisa-sisa merumput ke dalam plastik sampah dan dibuang di luar kampus.

4) MENGEMBUR TANAH
• Kerja-kerja mengembur tanah perlu di lakukan dengan kerap di pangkal pokok dengan jejari 2’ keliling pangkal pokok.
• Kerja-kerja gemburan di lakukan sebulan sekali atau apabila perlu.

5) SUNGKUPAN/ NAUNGAN
• Di tambah atau di lakukan sungkupan semula selepas 3 atau 4 bulan.
• Naungan perlu pada pokok-pokok yang baru di tanam dan diganti.
• Sungkupan mestilah menggunakan sabut kelapa, rumput kerIng, sekam kelapa sawit yang diproses atau lain-lain

6) MENYULAM / MENGGANTI
• Pokok-pokok yang telah mati perlu diganti dengan pokok yang baru.
• Perlu di lakukkan sepanjang masa.

7) PENYELENGGARRAN POKOK JENIS PAGARAN(HEDGES)
• Pihak kontraktor di kehendaki memotong/trim pokok pagaran pada setiap minggu(sekali seminggu)
• Ketinggian pokok pagaran hendak lah dikekalkan pada had yang di tetapkan pihak pengurusan landskap USM.
• Sisa-sisa pemotongan pokok pagaran hendaklah di sapu dan dimasukkan ke dalam plastik sampah sebelum dibuang.
• Kerja mengembur tanah dilakukan 2 minggu sekali.

8) PENYELENGGARAAN POKOK BULUH.
• Membuang mata tunas atau tunas air yang tumbuh pada pokok.
• Ranting dan daun buluh yang kering hendaklah dipangkas.
• Pastikan kawasan rumpun buluh sentiasa kemas dan bersih.
• Kerja tersebut hendaklah dilakukan secara berterusan

9) PENYELENGGGARAN POKOK PALMA
• Membuang mata tunas yang tumbuh di pangkal dan batang.
• Meningkatkan batang utama kepada sekurang-kurang 10 kaki tinggi.
• Kerja penyelanggaraan hendak lah di lakukan 2 kali sebulan atau di perlukan.
• Mana-mana pokok yang condong hendak lah di tegakkan degan pancang.
• Pelepah-pelepah kering hendaklah di bersihkan.

10) PENYELENGGARAAN TANAMAN PENUTUP BUMI
• Pemangkasan perlu di lakukan setiap minggu
• Ketinggian pokok hendak lah di kekalkan pada ketinggian sedia ada.
• Merumput perlulah di lakukan setiap hari.
• Jarak antara batas tanaman penutup bumi dan rumput mestilah 5cm. kawasan ini perlulah di di gembur setiap masa.
• Sampah selepas pemangkasan hendak lah di bersihkan di keluarkan dari kampus.

11) SAMPAH SARAP
• Mestilah di kumpulkan dalam beg plastik dan dibuang ke tempat pembuangan di luar kampus.
• Tempat pembuangan sampah sarap mestilah diluluskan.

Jabatan pembangunan juga mempunyai tapak semaian atau digelar LAMAN FLORIA bagi menguruskan pokok bunga berpasu. Tapak semaian ini di bawah selian staf teknikal bahagian landskap dan diselenggara oleh staf berdedikasi membabitkan kerja-kerja menyemai benih pokok, menyediakan medium penanaman, memangkas pokok berpasu di taman flora dan menjaga kesuburan pokok berpasu supaya kelihatan indah dan sihat.

ZON A
Meliputi kawasan:

  1. Sekitar kawasan Pintu Masuk Utama
  2. Sekitar kawasan Bulatan A dan Kawasan Segitiga
  3. Sekitar kawasan Blok Pentadbiran
  4. Sekitar kawasan Perpustakaan
  5. Sekitar kawasan Dewan Utama
  6. Sekitar kawasan Dataran Kampus
  7. Sekitar kawasan Pusat Islam
  8. Sekitar kawasan P.P Kej Elektrik & Elektronik (termasuk halaman tengah)
  9. Sekitar kawasan P.P Kej Mekanikal(termasuk halaman tengah)
  10. Sekitar kawasan P.P Kej Aeroangkasa(termasuk halaman tengah)
  11. Sekitar kawasan P.P Kej Awam (termasuk halaman tengah)
  12. Sekitar kawasan P.P Kej Kimia (termasuk halaman tengah)
  13. Sekitar kawasan P.P Kej Bahan Dan Sumber Mineral (termasuk halaman tengah)
  14. Sekitar kawasan Permatang Pelajar
  15. Sekitar kawasan Bangunan Pusat Pengetahuan Komunikasi dan Teknologi
  16. Sekitar kawasan Pusat Pelajar dan Staf
  17. Sekitar kawasan bangunan REDAC
  18. Sekitar kawasan Komplek Dewan Kuliah
  19. Sekitar kawasan Pusat Kesihatan

ZON B

  1. Sekitar kawasan Jabatan Pembangunan
  2. Tapak semaian Jabatan Pembanguan
  3. Sekitar kawasan Desasiswa Jaya (termasuk halaman tengah)
  4. Sekitar kawasan bangunan Desasiswa Lembaran(termasuk halaman tengah)
  5. Sekitar kawasan bangunan SDA
  6. Sekitar kawasan sepanjang Persiaran Pelajar (linkway)
  7. Sekitar kawasan Bangunan Komplek sukan & mini stadium
  8. Sekitar kawasan  Rumah Persatuan
  9. Sekitar kawasan Pintu Masuk Ke 2
  10. Sekitar kawasan Pintu Masuk ke 3
  11. Sekitar kawasan Bulatan B
  12. Sekitar kawasan Bulatan C
  13. Sekitar kawasan Wakaf Zon Ekologi
  14. Sekitar kawasan Desasiswa Utama (SH7)
  15. Sekitar kawasan Dewan Baru
  16. Sekitar kawasan Pusat Pembangunan Siswa
  17. Sekitar kawasan makmal Bersepadu
  18. Sekitar kawasan Hangar
  19.  

    PEMOTONGAN RUMPUT SERTA PEMBERSIHAN KAWASAN DI DALAM KAMPUS KEJURUTERAAN

    SKOP KERJA:

    1. POTONG RUMPUT/RAMPAI

    Melibatkan kerja-kerja memotong, mencantas rumput rampai ke paras 50mm di sekitar kawasan dan potongan rumput di buang keluar dari kampus.kekerapan kerja potongan sebanyak 1 pusingan pemotongan/ 2 minggu sekali.

    2. SAMPAH HALAMAN KAWASAN

    Melibatkan kerja-kerja mengutip segala bentuk sampah seperti kertas,daun kering,plastikdan sebagainya.(termasuk semua debris,sisa binaan).kekerapan kerja iaitu setiap hari.

    3. JALAN DAN TEMPAT LETAK KERETA

    Melibatkan kerja-kerja membersih pasir , tanah dan sebagainya supaya kelihatan bersih.kekerapan kerja iaitu setiap hari.

    4. LONGKANG /SALIRAN

    Melibatkan kerja-kerja membersih sampah-sampah yang terdapat di dalam seluuh longkang dan saliran. Kekerapan kerja iaitu setiap hari.

    5. PEPARITAN / KOLAM

    Melibatkan kerja-kerja membersih kolam dari tumbuhan dan sampah. (Termasuk bahagian dalam, tebing dan tengah kolam-kolam). Kekerapan sebanyak 1 pusingan pemotongan /2minggu sekali.

    6. LORONG PEJALAN KAKI

    Melibatkan kerja-kerja membersih permukaan lorong pejalan kaki dari tanah, pasir, sampah dan tumbuhan rumput. Kekerapan sebanyak 1 pusingan pemotongan /2minggu sekali.

    7. LONGKANG BANGUNAN/JALAN

    Melibatkan kerja-kerja membersih pagar dari rumput yang menjalar.kekerapan sebanyak 1 pusingan pemotongan /2 minggu sekali.

    8. PAGAR SEMPADAN

    Melibatkan kerja-kerja membersih pagar dari rumput yang menjalar. Kekerapan sebanyak 1 pusingan/ 2minggu sekali.

    9. MINI STADIUM/PADANG BOLA SEPAK/ ZON REKREASI

    Melibatkan kerja-kerja memotong rumput dan menyapu/mengumpul kawasan sisa potongan rumput. Kekerapan sebanyak 1 pusingan pemotongan / 2minggu sekali.

     

    Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Encik Adha Bin Abdul Ghani di dvadha@eng.usm.my , Encik Muhammad Syamim Bin Abdul Razak di dvsyamim@eng.usm.my, Puan Jalilah Binti Khalid di dvjalilah@eng.usm.my  dan Encik Rosli Bin Samat  di dvrosli@eng.usm.my .

© Hakcipta Terpelihara 2011 Jabatan Pembangunan Kampus Kejuruteraan USM