Penyenggaraan Alam Sekitar dan Sistem Kumbahan Kampus: Perangkap Lemak

 

 

Kafeteria dan perusahaan sajian secara dapor komersial mengeluarkan banyak gris lemak lebihan dalam saluran pembetongan dan kumbahan dari pelbagai sinki dan peralatan memasak. Jika tidak dikeluarkan, gris akan membeku di dalam saluran pembetongan dan mengakibat sistem tersumbat dab pencemaran alam sekitar.

 

Perangkap gris adalah alat yang dibina dan dipasang bagi menangkap kebanyakan gris dan pepejal sebelum memasuki sistem air kumbahan (saluran air buangan).  Air kumbahan dalam pembetongan biasa memang ada lemak yang menjadi lapisan buih di loji rawatan air kumbah atau tangki septik. Buih lemak ini akan dihadam dan dihancurkan oleh mikrob anaerobik. Walaubagaimana pun, jika terlalu banyak minyak dan lemak yang datang daripada dapor sajian dan kedai makan maka loji rawatan akan ditimbuni oleh kumbahan tanpa rawatan dan berlakulah pencemaran alam sekitar. Lagipun, lemak tepu berviskositi kelikatan tinggi apabila disejukkan akan bercampur dengan pepejal-pepejal  lain dan menyumbat sistem saluran.

 

Perangkap gris telah digunakan sejak zaman penjajahan lagi dan digunakan untuk mengurangkan kemasukkan lemak, minyak dan gris ke sistem air kumbahan utama. Secara mudahnya, perangkap ini seperti peti di mana air kumbahan sinki disalirkan sebelum pergi ke pembetongan utama.

 

 

KEBAIKAN

 

KEBURUKAN

  1. Melancarkan sistem pembuangan sisa buangan.
  2. Semua sisa buangan dapat dikumpulkan pada satu tempat sahaja.

 

  1. Berbau busuk jika tidak diselenggara/ pencemaran bau.
  2. Mendatangkan pencemaran dan ancaman penyakit jika sisa buangan ini tersebar/ melimpah.
  3. Saluran paip akan tertutup jika sisa buangan ini membeku.
  4. Jika saluran perangkap lemak ini tersumbat dan tidak diselenggara, air sisa akan melimpah keluar dan mendatangkan kemudaratan

 

 

SKOP KERJA CUCIAN PERANGKAP LEMAK

 

1) Perangkap lemak (Floor Trap)

- Melibatkan kerja-kerja pembersihan perangkap lantai serta saluran sambungan sinki ke perangkap gegeluk dengan menggunakan pancutan air tekanan tinggi.

 

2) Perangkap Gegeluk (Gully Trap)

- Bersih segala kotoran yang terdapat dalam kotak perangkap gegeluk.
- Cuci kotak perangkap dan saluran ke lurang sambungan dengan menggunakan pancutan air tekanan tinggi hingga bersih.

3) Lurang (Man Hole)

- Bersih lurang dan saluran sambungan hingga ke kotak penapis lemak dengan menggunakan pancutan air tekanan tinggi.

4) Perangkap Lemak (Grease Trap)

- Bersih kotak perangkap lemak serta penapis dengan pancutan air tekanan tinggi.
- Membuang semula larutan lemak dengan menyedut keluar menggunakan perkhidmatan IWK.

 

Maklumat lanjut

Boleh hubungi Encik Mohd Mahyuddin Bin Abdullah di dvmahyuddin@eng.usm.my